Tuesday, October 19, 2010

Tawaran Kemasukan Ke tingkatan 1 Sekolah Sukan

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU
SEKOLAH KAWALAN SUKAN ( SEKOLAH SUKAN NEGERI / SMK PUTERA )
JABATAN PELAJARAN KELANTAN BAGI AMBILAN JANUARI 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Kelantan akan mengambil pelajar baru SMK Putera , Kota Bharu bagi tahun 2011.

Kemasukan ini adalah terdiri dikalangan pelajar yang aktif dalam sukan sahaja.

Pelajar dari sekolah tuan/puan yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan bolehlah membuat permohonan dengan mengisikan borang kemasukan yang boleh didapati di sekolah masing-masing dan Unit Sukan JPN mulai sekarang .

Tarikh tutup permohonan adalah 2 minggu selepas keputusan UPSR 2010 diumumkan.

Sekian,terima kasih.

No comments: